Tuesday, September 11, 2018

Kemandirian Spesies Tumbuhan

Assalammualaikum,

Hari ini saya ingin menerangkan tentang kemandirian spesies tumbuhan.


KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUHAN


MAKSUD KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUHAN



Kemandirian spesies tumbuhan ialah keupayaan sesuatu hidupan dalam mengekalkan spesiesnya untuk terus hidup. Terdapat berbagai cara hidupan memastikan kemandirian spesies hidupan tersebut.


AGEN PENYEBARAN


  • Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan menyebarkan biji benihnya.
  • Penyebaran biji benih berlaku dengan bantuan agen penyebaran seperti angin, air, haiwan dan mekanisme letupan.
  • Angin:ciri-ciri biji benih ialah ringan,berbulu halus dan mempunyai struktur yang berbentuk sayap. Mudah ditiupkan oleh angin.
  • Haiwan : ciri-ciri biji benih ialah mempuyai warna yang menarik, boleh dimakan, mempunyai warna yang terang dan mempunyai bau yang menarik. Ia bertujuan untuk menarik minat haiwan.
  • Mekanisme letupan : ciri-ciri biji benih ialah kering dan mengembang apabila berada dalam keadaan cuaca yang panas. Cuaca membantunya meletupkan biji benih ke kawasan lain selain daripada tempat tumbuhnya tumbuhan tersebut.
  • Air : tumbuhan yang hidup di kawasan yang berair. Ciri-ciri biji benih ialah mempunyai sabut, ringan dan mempunyai ruang udara bagi  membolehkan biji benih terapung.

KEPENTINGAN KEMANDIRIAN  SPIESES TUMBUHAN

  • Tumbuhan merupakan sumber makanan yang paling utama. Jadi, kemandirian spieses memastikan tumbuhan akan terus hidup.
  • Dapat mambantu mengelakkan sesuatu spieses sama ada tumbuhan atau haiwan daripada mengalami kepupusan.
  • Kebanyakkan haiwan bergantung kepada tumbuhan untuk terus hidup. Jadi kemandirian spieses tumbuhan adalah sangat penting kepada haiwan.
  • Sekiranya tumbuhan tidak dapat memastikan kemandirian spiesesnya, ia akan menjejaskan keseluruhan ekosistem atau kitaran hidup hidupan.  



Kemandirian Spesies Tumbuhan

Assalammualaikum, Hari ini saya ingin menerangkan tentang kemandirian spesies tumbuhan. KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUHAN MAKSUD KEMAN...